Thursday, November 23, 2006

balik kampung (i)

balik kampung.. herm.. ni antara menda yg aku suka dan sedih dengar.. suka sebab dapat balik kampung jumpa semua yg pernah aku tinggalkan.. dan sedih sebab kena tinggalkan keluarga dan kampung lagi sekali bila dah habis cuti :’( sob sob sob

herm.. balik kampung.. camne nak mulakan ek? erm citer sket pasal kampung ni aa.. kampung aku kampung beta hilir.. ni asalnya kampung ummi.. kampung ni terletak dalam 3 km ngan kampung abah, kampung bunut satut.. memang dekat aa kan.. kampung ni jauhnya 15 km dr kota bharu dan masih dalam jajahan kota bharu.. antara pekan terdekat ngan kampung ni ialah dewan beta dan mulong.. majoriti orang kampung ni keje petani tanam padi sawah.. then ada gak sebilangan kecil yg toreh getah dan tanam sayur.. kalo kampung abah lak.. masih dalam kota bharu dengan pekan terdekat dewan beta dan talang serta ketereh walaupun agak jauh.. penduduk kampung ni rata-rata mengerjakan padi sawah dan menoreh getah.. jika dibandingkan status sosio ekonomi.. kampung abah sedikit kolot dibandingkan ngan kampung.. tapi kampung abah lebih damai dan nyaman.. kampung abah ada paya tempat tinggal segala ikan darat (ikan air tawar) dan ularnya dan biawaknya dan memerangnya.. ada anak sungai tempat anak kampung berenang dan menyelam dan kencing dan berak.. ada kebun yg teramat luas tempat lelaki dan perempuan menebang dan menebas dan menerun (proses pembakaran segala apa yg ditebang untuk membersihkan sesuatu tanah dan menjadikan bahan bakar itu baja kepada tanaman kelak) dan menanam dan membaja dan berpeluh dan dipagut ular.. segala-galanya ada di kampung abah.. kampung abah.. sampai saat ini masih suci.. tapi kampung ummi yg aku duduki sekarang ini sudah sedikit sebanyak maju.. yg masih ada cuma sebatang anak sungai dan sawah padi yg masih kekal hijau...

paya dan anak sungai dan kebun dan sawah padi kampung kami banyak kenangan pada diri aku.. aku.. pernah hampir lemas di dalam paya ketika masih kecil.. pernah mengimpikan untuk berenang dalam kekeruhan air anak sungai tapi tak kesampaian.. pernah menebang dan menebas dan menerun dan menanam dan membaja dan berpeluh dan memanjat dan terduduk keletihan dan tercucuk duri dan ternampak ular dan kakoh (sejenis monyet) dan burung hantu dalam kebun kami.. pernah jua terbatal puasa ketika menyelam dan bermandi-manda dalam lumpur sawah dan menyeluk dan mengagau ikan (mencari dan menangkap ikan dalam sawah ketika air hampir kering)…