Thursday, August 23, 2007

Convocation Fiesta (CONVEST) 2007

Bermula Jumaat, 24 Ogos hingga Rabu, 29 Ogos 2007, akan berlangsung satu upacara yang paling besar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, iaitu Pesta Konvokensyen, atau Convocation Fiesta.

Upacara ini akan merangkumi tiga bahagian utama; Upacara Perasmian dan Penutup, Upacara Konvokesyen, serta Gerai dan Pameran.

Orang ramai adalah dijemput untuk datang ke UIAM, terutamanya ke Gerai dan Pameran yang akan diadakan sepanjang 24 Ogos hingga 29 Ogos 2007.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.convest07.com.my/

Selamat datang untuk semua!

Nota kaki : Saya akan berada di Safety Awareness Campaign sepanjang CONVEST 2007.

Tuesday, August 21, 2007

21 Ogos - Hari Memperingati Al-Quds

Tiada Tuhan melainkan ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH. - Bendera HAMAS.




Hari ini, 21 Ogos 2007.

Genap 38 tahun lalu, Masjid Al-Aqso, yang diberkati Allah itu, telah dibakar oleh seorang lelaki kuffar. Walaupun pihak bomba dihalang oleh polis jahat Yahudi, namun ALLAH tetap menyelamatkan rumahNYA yang maha suci itu.
21-8


Sesungguhnya, darah pada jalan ALLAH, dan air mata yang mengalir kerana ketaqwaan padaNYA, ialah cairan yang paling harum pada Hari Akhirat.


Batu, penghadang, bendera, semangat. Menjual daging dan darah dan ruh kerana ALLAH.


Seketul batu. Seerat kasih pada Islam dan Al-Quds.


Seekor musuh. Membunuhnya wajib!


Air mata. Syurga menanti.


"Telah diwajibkan ke atas kamu untuk berperang..."


"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu jika AKU tunjukkan satu perniagaan, yang dapat menjauhkan kamu daripada azab yang sangat pedih? (Perniagaan itu ialah) beriman kepada ALLAH dan para RasulNYA, serta berjihad pada jalan ALLAH, dengan harta dan diri kamu..."


Wahai Al-Quds, selagi mentari terus menyinarimu, kami akan tetap bangkit!


Kaffiyeh dan peta Palestin : Simbol keamanan dan kesatuan ummat Islam untuk Al-Quds.


Kebebasan untuk Palestin.


Palestin, kami bersamamu!

Thursday, August 16, 2007

jika kamu terlepas, orang lain akan mengambilnya

Saya telah terlepas 2 program akademik yang penting minggu ini.

Program Pertukaran Pelajar (Students Exchange Programme) antara UIAM dengan universiti negara luar, dan ceramah umum oleh Pemenang Anugerah Nobel 2006, Prof. Dr. Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bank, dari Bangladesh.

Sangat terasa akan kehilangan peluang itu, tapi tetap yakin pada enthusiasm yang tak pernah kenal penat :)

Tuesday, August 14, 2007

bukanlah pemalas sangat

60%How Addicted to Blogging Are You?

Mingle2 - Dating Site

Hahaha...

Ada juga ye ujian sebegini. Rasanya saya sudah menjawab sejujur mungkin, dan keputusan itu agak tinggi untuk blog saya yang selalu berhabuk ini.

Entah!

Tapi, saya agak gembira dengan angka 60%. Sekurang-kurangnya, saya bukanlah pemalas sangat. Kan?

Hahaha...

Thursday, August 9, 2007

julai yang letih dan mereka yang batuk

Tiada sebarang entri untuk sebulan, Julai.

Saya sangat letih dengan permulaan semester. Tentang pelajaran dan kelas. Tentang organisasi dan program. Tentang kursus dan dan latihan.

Saya selalu memperoleh idea untuk dientrikan, tapi saat di depan laptop, ada sahaja bayang-bayang lain yang muncul, bikin idea saya kekal di kepala. Mungkin saya kena lebih tegas dengan diri, tetapkan dateline, macam assignment. Mesti.

Malam ini saya balik kampung. Banyak yang ingin saya lakukan di sana. Saya sangat sibuk, jadi pabila sesekali berpeluang bersama keluarga, masa itu saya punya.

-uhuk uhuk-

Ada mereka sudah batuk. Saya tahu sekarang agak panas, terutamanya mereka yang tinggal dalam kawasan hutan Gombak ini. Apalagi bagi mereka yang ke sana ke mari terkejar-kejar mencari kelas di Engineering Building, dan golongan bakal peguam yang lantang suaranya membahaskan hujah bersama rakan, pastinya tekak mereka amat perit, barangkali.

Tapi lantaran blog ini yang dijadikan sebab, maka haruslah saya mengurangi kesengsaraan mereka.

Baiklah, saya akan kembali lagi, dengan entri percutian percuma saya sebanyak 2 kali ke Port Dickson, ditaja sepenuhnya, dan tentang International Islamic Fair 2007 pastinya.

Doakan saya kawan-kawan.


Saturday, June 23, 2007

Sirih Pulang Ke Gagang

Setelah dua tahun setengah meninggalkan Maahad dengan lima tahun kenangan, saya menerima jemputan ke Majlis Pertemuan Alumni Maahad Muhammadi, bertemakan “Sirih Pulang Ke Gagang : Menjulang Budi Menabur Bakti” di Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu, pada Sabtu, 16 Jun 2007 yang lepas, anjuran Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL).

Serentak dengan itu juga, saya sempat berkhidmat sebagai AJK Masakan & Makanan yang menguruskan slot bekwoh untuk makan tengahari, sangat meletihkan tapi amat bermakna, dan sehelai t-shirt hitam bercorak tepak sirih bertulis moto majlis merupakan cenderahati yang amat bernilai.

Majlis perjumpaan kali pertama ini sangat meriah dengan kehadiran beratus-ratus bekas pelajar dan diserikan dengan sukaneka, nasyid dan pertunjukkan silat oleh pelajar-pelajar Maahad. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Nik Abd. Aziz bin Nik Mat pula sempat meluangkan masa berucap sekaligus merasmikan penutupan majlis perjumpaan kali pertama ini.

Terima kasih kepada semua, dan semoga jumpa lagi.



Maahad – Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lelaki – SMU (A) MML

AMAL – persatuan alumni bagi tiga buah sekolah: SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, SMU (A) Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, SMU (A) Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan.

Bekwoh - kenduri

“duk ngaji mmano llonih..?”

“duk mmano llonih..?”

“duk wak ggapo llonih..?”

“duk ngaji mmano llonih..?”

Kesempatan menghadiri majlis perjumpaan alumni kami gunakan sebaiknya untuk bertemu muka dengan rakan-rakan pelajar yang masih berada di tanahair dan juga guru-guru yang sangat banyak mendidik kami sepanjang berada di Maahad.

Apabila sahaja berjumpa, kerinduan dan kenangan yang terpendam bertahun-tahun terus berganti keramahan bagai dahulu. Saya sempat menangkap kelibat beberapa orang rakan yang tinggal di negeri-negeri luar Kelantan, datang dan sama-sama mewarnai majlis perjumpaan pertama ini. Cukup nostalgia.

Tatkala bersalaman dengan rakan yang lama tak dihubungi, tiada lain yang menjadi pembuka kata, selain bertanya khabar dan di mana belajar, kemudian barulah menyusul kemesraan lain.

Pada hari itu juga, saya sempat berjumpa dengan seorang guru saya semasa di tingkatan tiga, Cikgu Aziz, yang sangat kelakar dan hebat ilmu matematiknya. Semasa hangat perasaan meresap dalam genggaman tangan, tiada lain yang terucap dari lidahnya, melainkan bertanya perihal di mana dan apa yang saya pelajari sekarang.

Tapi sayang, saya tiada kamera untuk mengabadikan detik hari itu. Sedih, saya sangat sedih.





duk mmano llonih.. – tinggal (belajar) kat mana sekarang?

duk wak ggapo llonih.. – tengah buat apa sekarang?

duk ngaji mmano llonih.. – sedang belajar kat mana sekarang?

Friday, June 22, 2007

cikgu pencen

Balik ke kampung menemukan saya dengan banyak kisah menarik di sini. Antara yang membuatkan saya tersenyum ialah, kisah tiga orang cikgu pencen di sebuah kampung.

Bagai lumrah orang pencen yang kebosanan, mereka akan mula bergaul dengan masyarakat sekeliling dan menyibukkan diri dengan norma hidup berjiran di kampung.

Alkisahnya, pagi-pagi hari lagi, mereka akan memandu kereta dengan bangganya ke kedai kopi, memesan sepinggan nasi berlauk dan secawan teh panas, duduk semeja dengan rakan-rakan seangkatan, dan berbual sepagi terik berkenaan pelbagai topik, daripada politik, ekonomi, kemasyarakatan dan hal ehwal semasa, serta seronok-seronok bermain haji.

Tatkala tengahari, atau hampir Zuhur, barulah mereka mengangkat tangan, memanggil tuan kedai kopi, membayar dua ringgit, seringgit dua puluh sen untuk nasi berlauk dan bakinya untuk teh, kemudian melangkah keluar dan melaung “esok la pulok deh”, lantas memandu ke destinasi seterusnya.

Siapakah mereka? Bekas cikgukah? Bukan. Habis? Mereka hanyalah orang kampung, yang baru dapat memegang stering kereta pemberian anak-anak setelah separuh kurun didakap kesusahan.

Jadi, apa motifnya saya menceritakan ini?

Maaf, saya bukan berniat memburukkan mereka, tapi saya sedikit kecewa dengan sikap mereka yang suka membuang masa dan berborak tak tahu kepala ekor berjam-jam lamanya. Bagaimanakah mereka ingin terus maju jika kekal begitu? Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk berubah.

Dan gelaran ‘cikgu pencen’ itu diberikan orang kampung atas sikap mereka itu.





kedai kopi – warung kopi

nasi berlauk – nasi campur

berbual – berborak kosong

sepagi terik – dari pagi hingga tengahari / Zuhur

bermain haji – bermain dam haji; dam haji – sejenis permainan yang dimainkan dengan pergerakan menegak dan mendatar

esok la pulok deh – (jumpa) esok la pula ye

tak tahu kepala ekor – tak tahu hujung pangkal

Thursday, June 14, 2007

terbayang wajah-wajah yang kusayang

Alhamdulillah. Tadi saya dapat 1 tiket bas Transnasional ke Kota Bharu, naik malam ni jam 9.15 di Taman Greenwood. Kelas ekonomi, RM30.80. Bas bernombor SKMK 214, seat 9B, tepi tingkap, agak bahaya sebenarnya tu. Doakan ye semua :)

Sekarang masih lagi di ITD Lab, barang tuk balik kampung sehelai pun belum berkemas lagi. Makan tuk hari ni pun belum lagi. Aduh.

Maghrib da kena bertolak, walaupun dekat, tapi tak nak ada masalah tengah jalan nanti.

Doakan perjalanan saya ye. Jumpa di Kota Bharu pula. Selamat tinggal kota sesak ini. Ahaks!

Wednesday, June 13, 2007

sangatlah letih

Banyak benda yang dibuat hari ini. Hasilnya, sangatlah letih. Ye, sangat letih badan sekeping ini.

Saturday, June 9, 2007

peperiksaan akhir semester 3 sesi 2006/2007

Minggu peperiksaan akhir semester 3 sesi 2006/2007 akan bermula pada Isnin, 11 Jun 2007 ini dan berakhir seminggu kemudian.

Untuk subjek Fiqh Sirah saya, peperiksaan akan diadakan pada hari Isnin, 11 Jun, jam 2.30 petang, di Kuliyyah of Engineering, dan subjek Introduction to Sociology pula pada hari Rabu, 13 Jun, jam 9.00 pagi di Foyer, Cultural Activity Centre (CAC).

Semoga kita semua berjaya ye :)

Amin...

mahal sangat ke harga beg plastik nipis tu?

Baru sekejap tadi, saya pergi ke satu kedai dalam kawasan kampus UIAM ni, untuk membeli topup, dan berkira-kira hendak meminta satu beg plastik nipis untuk disumbat bungkusan makanan di tangan saya.

Setelah membayar harga topup...

"Uncle, boleh mintak plastik tu tak?"

"Mana u beli tu?", merujuk kepada bungkusan makanan dalam pegangan saya.

"Kat atas sana"

"Diorang takde plastik ke?"

Saya rasa meruap, panas!

"Ntah la diorang"

"Macam mana ni sampai minta plastik sini.."

Dan tauke kedai tu, dengan muka terpaksa, menarik satu beg plastik, menghulurkannya kepada saya dengan muka masam.

Sumpah.. Saya rasa ingin campakkan kembali beg plastik itu pada mukanya. Tapi rasionaliti saya menegah. Saya mengambilnya dengan 'terima kasih' yang sangat ironik.

Saya tak akan pergi ke kedai itu lagi, insyaALLAH buat selamanya. Saya tak akan rugi apa-apa.

DR Radwan Jamal Al-Atrash pernah berpesan kepada kami dalam kelasnya, hampir seminggu lalu, katanya, "kalau anda mahu jadi kaya, anda mesti bersifat pemurah terlebih dahulu.."

Saya tersenyum keseorangan. Mungkin harga beg plastik itu RM 3.40, bagi tauke itu. Saya simpati padanya.

Sunday, May 27, 2007

satu dunia yang lain

Hampir tengah malam semalam, saya berada di sekitar Kuala Lumpur. Dah lama rasanya tak menikmati kehidupan malam ibu kota segala-galanya ni.

Dulu semasa bekerja, saya sempat seketika menghidu dan mengintai dan tertanya-tanya tentang suatu kehidupan ini, yang lain daripada norma hidup yang diterapkan terhadap saya di kampung.

Kadang-kadang saya sendiri pelik. Kenapa dengan mereka ya?

* ini suatu permulaan ringkas, akan menulis lagi tentang sebegini insyaALLAH.

Tuesday, May 22, 2007

hidup ini kompleks

Saya kata, hidup ini kompleks. Orang jawab, itu klise*. Saya tahu itu klise. Tapi saya nak ulanginya, hidup ini kompleks.

Saya kata, saya angguk.

Kenapa?

Saya bukan angguk kosong. Saya angguk faham, angguk bererti.

Pernah kamu dengar orang yang boleh bergelak ketawa pada suatu masa, dan beberapa ketika kemudian, menangis apabila bersendirian?

Kalau kamu belum pernah melihatnya, jangan kata itu klise.

Saya pernah diketemukan dengan mereka. Siapa mereka? Itu bukanlah persoalan.

Mereka kurang waras? TIDAK! Mereka tak siuman? TIDAK! Mereka gila? TIDAK!

Lalu kenapa?

Mereka melalui suatu detik masa yang sukar, yang belum pernah kamu laluinya.

...dan...

Mereka perlu didengar? Ya! Mereka perlu didengar!

Oleh? Orang yang mereka percayai. Sesiapa sahaja.

Bagaimana nak membantu? Duduk depan mereka. Dengar mereka bercerita. Senyum seikhlasnya.

Seorang teman pernah mengungkap "If HE brings you to it, He will surely bring you through it!"

"Tidak sempurna iman seseorang antara kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia ingin dikasihi" - maksud hadis Rasulullah S.A.W.



*klise - yang itu, itu juga; sesuatu yang berulang-ulang; sangat biasa; mudah diketemukan.

Thursday, May 17, 2007

banyak sangat yang perlu diuruskan

Aduh. Banyak sangat yang perlu ( baca : mesti ) saya uruskan. Pelajaran. Persatuan dan segala macam aktivitinya. Kehidupan seharian. Kawan-kawan. Suasana sekeliling. Kadang-kadang rasa macam saya terlalu mengambil berat keadaan di sekitar saya, tapi kadang-kadang, rasa macam terlalu mengabaikan persekitaran pula. Mana satu yang betul sebenarnya?

Untuk blog pula, memang banyak yang ingin ditulis. Dari kisah Pesta Buku Antarabangsa 2007 di PWTC, Sambutan Hari Belia Negara 2007, dan macam-macam lagi.


Tunggulah ye :)

dedikasi buat seorang kawan yang sangat baik :)

Tadi, ada kawan baik mesej "wuuu :'<".

Teman baik kepada kawan baik saya tadi masuk hospital. Otot paha terkoyak. Dia berlanggar dengan kawannya semasa main futsal. Pembedahan pagi esok, pukul 12. Kawan baik saya tu pula ada peperiksaan malam esok. Dia sangat risau.

Siapa tak risau kalau orang yang sentiasa bersama susah senang, tiba-tiba terlantar atas katil, terkoyak otot dengan agak teruk? Itu parah, bukan setakat luka biasa je.

Herm. Saya kelu sekejap. Saya hampir tak boleh buat apa-apa, kecuali menenangkan kawan baik saya itu, dan mendoakan teman baiknya.

"Ya ALLAH, berikanlah kekuatan pada mereka, seperti mana kau beri kekuatan pada mereka yang telah diuji, dan bersabar"

Saya pernah masuk wad. 9 hari. Saya tahu macam mana rasa terlentang di atas katil hospital. Jarum air di lengan. Ubat yang tak pernah putus. Makanan yang sedap, tapi tak berselera tuk ditelan. Memang perit.

Saya berdoa semoga dia cepat sembuh.

Kepada kawan baik saya dan temannya, moga-tabah-hati-tak-berbelah-bagi..!

Amin.

Friday, May 4, 2007

syahdu yang bermakna

hari ni rasa sangat syahdu, dan bermakna.

kenapa?

kerana dia yang kekal seorang. ;)

Wednesday, May 2, 2007

aku dia setiawangsa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pagi tadi. Bangun. Mandi. Ambil pakaian. Pakai.

Hari ni ada temujanji dengan seorang kawan. Kawan yang dah kurang lebih dua tahun kenal, tapi baru nak bersua. Jadi, penampilan kena kemas :)

Jumpa dia sebab dah janji nak belanja dia, dah lama dah, lebih setahun setengah lalu. Tapi hari ni baru ada rezeki tu. Tu pun sebab dia mesej tanya khabar Isnin lepas. Baru ada kesempatan.

Keluar bilik dalam 11.30. Pergi ATM Bank Muamalat, ambil duit sikit. Kemudian terus pergi tunggu bas kat depan HS Building.

Bas sampai. Naik. Tiket RM1 untuk sepanjang hari. Tiba di stesen Putra LRT Terminal Gombak. Terkocoh-kocoh pergi mesin tiket. Beli tiket ke Setiawangsa. RM 1.30. Tambah nilai Maxis RM10.

Cucuk tiket - masuk. Tiket keluar. Ambil. Berlari-lari anak ke eskalator. Di platform, agak ramai orang.

Sekejap. Tren dua gerabak comel sampai. Sumbatkan diri ke dalam. Tren bergerak.

Taman Melati. Wangsa Maju. “Stesen berikutnya, Setiawangsa”. Turun.

Berjalan tengah panas menghala ke bangunan Prima Peninsula. Jumpa gerai buah-buahan tempat saya pernah jadi pelanggan tetap dulu, beli nenas. RM1. Makan sambil berjalan. Manis.

Sampai di Prima Peninsula. Terus menuju ke pos kawalan pengawal keselamatan. Ada dua orang pengawal ketika itu.

+ : assalamualaikum.

– : walaikummussalam.

+ : boh ssini napi lagi deh?

– : ho’ ho’

+ : dio ado ko?

– : takdok tuh. dio kelik kkapong.

+ : oh. lamo doh ko kelik?

– : baghu awal buley ni jah.

+ : pah bilo dio maghi pulok?

– : duo puloh semile aghibule ni katonyo.

+ : oh takpo la kalu gitu gak.

– : bakpo tuh? ado kijo gapo?

+ : eh takdok ah. sajo jah nak maghi jupow dio. oghe sekapong dia ni.

– : o’h

+ : pah takpo la deh. Assalamualaikum.

– : …1

Keluar pos kawalan. Jalan terus ke depan. Pusing kiri, terdetik nak pergi ke Saba Islamic Media. Tengok-tengok buku, mungkin.

Dua tiga tapak melangkah, terjumpa dia!

Pernah rasa macam mana jumpa kawan yang dah bertahun-tahun kenal, untuk pertama kali? Siapa pernah rasa tahulah macam mana kan?

+ : eh

– : eh

+ : jumpa kat sini rupanya

– : a’aa la

+ : baru sampai ke?

– : a’aa. nak pergi mana ni?

+ : ingat nak pergi saba tadi

– : oh

+ : erm tapi takpe lah, jom pergi makan

– : okey jom

+ : nak makan kat mana ni? mc'd? kfc?

– : kfc lah, suka cheezy wedges dia

+ : oh okey, jom

– : jom

Jalan kaki pergi KFC. Borak-borak. Sama-sama rancak. Tapi rasanya saya sedikit pendiam berbanding dia kot. Bercakap tentang pelajaran. Formal. Ice breaking kata orang kulit putih merah si penjajah.

Sampai KFC. Buka pintu. Pilih meja. Dia duduk. Saya pergi beli makanan.

1 Colonel Rice Combo Original + carbonated orange drink regular

1 iced Milo regular

1 Cheezy Wedges

Tatang makanan ke meja. Duduk. Mula makan. Ayu sopan tertib tomakninah.

Sambung lagi bercakap tentang pelajaran. Juga hal hidup: keluarga; kawan-kawan kami; pengalaman masing-masing.

Saya habiskan nasi, coleslaw, dan carbonated orange. Ayam goreng dua ketul nak bawa balik. Dia habiskan Cheezy Wedges, jilat jari, ikut motto KFC katanya.

Sambung lagi cakap-cakap. Lagi banyak cerita. Mulut makin rancak. Selepas lebih kurang 45 minit, kalau tak silap agak, kami keluar. Jalan ke kereta dia. Borak lagi.

Tepi kereta dia. Dia picit remote control. Cet cet. Kunci pintu terbuka. Canggih. Mesti mahal kan kereta tu.

Dia masuk kereta, sempat senyum.

+ : assalamualaikum

– : walaikummussalam

Dan dia pun pergi.

Saya ambil haluan sendiri. Pergi Giant. Pening tak tahu nak beli apa. Akhirnya, beli penyangkut baju, dan dua aiskrim kon yang murah tu.

Bayar. Keluar. Berjalan sambil makan aiskrim ke Putra LRT Setiawangsa. Panas terik. Aiskrim cair. Comot.

Tahu kenapa Setiawangsa menggamit perasaan saya? Saya pernah bekerja dan hidup di situ, lebih setahun setengah yang lalu. Hidup yang sangat perit, tapi banyak mendidik jiwa :)

Kepada kawan saya itu, terima kasih banyak ye :) :) :)



.:nota kaki:.

1+ : assalamualaikum

– : walaikummussalam

+ : bos kat sini Napi lagi kan?

– : aa aa

+ : dia ada ke?

– : tak ada tu. dia balik kampung.

+ : oh. lama dah ke balik?

– : baru awal bulan ni je

+ : jadi bila dia datang pula?

– : dua puluh sembilan hari bulan ni katanya

+ : oh takpe la kalau macam tu

– : kenapa tu? ada kerja apa?

+ : eh takde ah. saja je nak datang jumpa dia. orang sekampung dia ni

– : oh

+ : jadi takpe la ye. assalamualaikum

– : …

cuba teka?

cuba teka.. entri semester tiga tu.. berape kali edit? huhu...

dekat 10 kali..!

..letih..

semester tiga

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semester tiga, atau semester pendek ni bermula pada 23 April lepas.


Saya sampai di UIA pagi Sabtu, 22 April, pukul 5 pagi lebih. Terus pergi online kat Aincom1. Ketagih!


Azan subuh. Berjemaah dekat Masjid UIA yang sangat besar dan cantik. الحمدلله


Kemudian online lagi, sampai tengahari! Memang ketagih tahap kronik. Huhu.


Tengahari. Pergi ke pejabat mahallah2, mahallah paling hujung, paling jauh, tapi paling nyaman dan tenang, sebab tepi kaki bukit dan ada kolam3, juga banyak sangat pokok-pokok, besar kecil. Pendeknya, sangat nyaman. Cuma paling hujung. Jauh. Lenguh jalan kaki.


Sampai di pejabat mahallah, pelajar sangat ramai. Menunggu lebih setengah jam. Akhirnya dapat bilik, aras 1, paling bawah. Bilik dapat, tapi kunci tak ada. “sorry la brother, kunci tak ada..” Aduh senangnya!


Pergi ke bilik tersebut, pulas tombol. Berkunci. Aduh! Buntu. Mula-mula terfikir nak bermalam di luar UIA, sebab sangat geram dan rasa kecewa dengan pengurusan.


Mesej sorang kawan, nasib baik dia ada. Bermalam di bilik dia.


Hari yang sangat meletihkan.


Hari pertama semester, 23 April.


Keluar bilik kawan awal-awal. Pergi pejabat mahallah tu, minta borang tukar mahallah. Isi. Hulurkan borang yang dah siap isi.

Orang pejabat: Next week baru kita proses nak tukar mahalah, tapi borang boleh je hantar awal

Saya : Ok


Senyum sarcastic. Keluar.


Pergi ke bangunan kuliah. Janji dengan dia nak tolong buat add drop4 secara manual.


Jumpa dia dan kawannya. Duduk depan Aincom, online, cari borang add drop, lepas pening-pening baru jumpa, rupanya Adjustment Form, save dalam pendrive, masuk dalam Aincom, print.


Cari dia. Jumpa. Serah borang. Tinggalkan dia dan kawannya. Saya pusing cari kelas Sosiologi, jumpa. Rupanya kelas tengah rehat kejap. Borak dengan kawan. Kemudian masuk kelas, walaupun tak add lagi Sosiologi.


Masa dalam kelas, dia mesej. Dia belikan nasi ikan keli kat Galeri5. Tapi dah dalam kelas. Beritahu dia. Minta maaf. Dia terpaksa habiskan.


Usai kelas. Pergi online. Akhirnya dapat add Sosiologi saya dan Linguistic dia. الحمدلله


Balik. Terpaksa menumpang di bilik kawan lagi. Kunci tak ada.


.:nota kaki:.

1Aincom Sdn Bhd ialah kedai komputer di Bangunan Kompleks Pusat UIA. Ada wireless internet kat sini.

2Asrama/kolej.

3Ada orang kata kolam ni berhantu, kalau masa hujan renyai-renyai, akan ada 2 ekor ‘ikan’, tapi bukan ikan sebenarnya. Entah.

4Add ialah proses mendaftar subjek. Pada peringkat biasa menggunakan internet, tetapi apabila ada kes-kes tertentu seperti section closed (kelas ditutup-kuota penuh), maka hendaklah menggunakan borang secara manual. Drop pula ialah membatalkan pendaftaran kelas. Prosesnya sama.

5Gallery Café, Human Sciences Building IIUM.

bermulanya kisah..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Wah! Rasa nak aktif menulis kembali lagi.. Ya ALLAH, jadikan ini suatu tabiat :)

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa saya mula rasa nak menulis kembali ni, nanti saya cerita dalam entri lain ye. Kali ni nak fokus pada semester tiga di UIA ni dulu.

Wednesday, March 21, 2007

A Cup of Inspirational Tea

It was in the Gallery Cafe, lunch hour.

I just finished my meal, as my history lecturer, Assoc. Prof. Dr. Mesut Idriz, waved me and offered me a cup of drink.

I refused, since I'm already full.

But he kept offering, sincerely, and my ex-classmate, who were sitting there, too, uttered "owh come on".

I accepted, a glass of iced-milked-tea.

We talked for a while.

Prof. Mesut shared with us, his personal methodology of reading, which is by keeping the books opened on the half of his bed. Also, some sort of "don't get married unless you've finished your PhD, because married people, at 11pm, they are on bed, having 'fishy-fishy' with their wives, and I do my thesis..."

Well, he did slap my face. Duh!

He is very busy with his tasks, and articles, and publications, perhaps.

I hope to be in his class again. He is great.

He is my inspiration. Just after my beloved my parents.

Thanks for every single moment, Prof. Mesut.

20 March 2007 [revised: 20th October 2010]

Tuesday, March 20, 2007

National Psychology Carnival 2007 (N-PsyC 07)

Yesterday, I got a message from the Head of Programme Coordinator (Central Commitee), informing that I'm accepted to be a Programme Coordinator (PC) for this becoming National Psychology Carnival 2007 (N-PsyC 07), which is scheduled on September.

The 1st meeting was on yesterday, too. I'm proud to be the PC, since I do love managing programmes. My great experience is when I was appointed as a PC (Briefing) for Matriculation Centre of IIUM 2006/2007 intake. It did teach me a lot.

I'm eager to manage those tasks.

Further information pertaining this carnival will be annouced later.

It's The Exam Week

It's The Exam Week.

The classes are over.
Everyone is busy.
The library is full.
The computer lab is free.

My exam will be on 22 March till 3 April.

Then the vacation starts.

Tuesday, March 6, 2007

New Template.

Herm. I think this new style is good. Eye-cathing. Anyway, I should put some informations here and there.

Keep looking forward yah :)

Now what should I do?

I juz attended an Islamic forum on apostasy in Malaysia by three well-knowledge speeakers, which are Dato Abu Hassan Din al-Hafiz, Ustaz Farhan al-Hafiz and Ustaz Yusri Muhammad. It took place in Main Auditorium IIUM and was a good discussion.

Now, I'm thinking on what should I do next?

I have a second test of Psychology on this Wednesday evening, after a meeting at Guidance and Counselling Department regarding Guidance Group.

On Thursday, if I'm not mistaken, I have to submit a Political Science assignment about amendment on Malaysian Constituion.

Duh! I have to complete many tasks.

Dear ALLAH, give me strengh and courage.

Amin.

Friday, March 2, 2007

Coming back...

Assalamualaikum...

After a long-long-long 'vacation' from blogging, here I come back.

Haha, hopefully I can manage to write here frequently.

Well, it is just a 'second opening ceremony' for my blog, so, it is short :)

Herm, I did renovate my http://www.friendster.com/sidqi87 just now, and you may detect many changes here and there. Hope you enjoy and benefit from it.

Till then, I have to reconstruct my messy plans then, hehe.

See ya!