Sunday, May 27, 2007

satu dunia yang lain

Hampir tengah malam semalam, saya berada di sekitar Kuala Lumpur. Dah lama rasanya tak menikmati kehidupan malam ibu kota segala-galanya ni.

Dulu semasa bekerja, saya sempat seketika menghidu dan mengintai dan tertanya-tanya tentang suatu kehidupan ini, yang lain daripada norma hidup yang diterapkan terhadap saya di kampung.

Kadang-kadang saya sendiri pelik. Kenapa dengan mereka ya?

* ini suatu permulaan ringkas, akan menulis lagi tentang sebegini insyaALLAH.

Tuesday, May 22, 2007

hidup ini kompleks

Saya kata, hidup ini kompleks. Orang jawab, itu klise*. Saya tahu itu klise. Tapi saya nak ulanginya, hidup ini kompleks.

Saya kata, saya angguk.

Kenapa?

Saya bukan angguk kosong. Saya angguk faham, angguk bererti.

Pernah kamu dengar orang yang boleh bergelak ketawa pada suatu masa, dan beberapa ketika kemudian, menangis apabila bersendirian?

Kalau kamu belum pernah melihatnya, jangan kata itu klise.

Saya pernah diketemukan dengan mereka. Siapa mereka? Itu bukanlah persoalan.

Mereka kurang waras? TIDAK! Mereka tak siuman? TIDAK! Mereka gila? TIDAK!

Lalu kenapa?

Mereka melalui suatu detik masa yang sukar, yang belum pernah kamu laluinya.

...dan...

Mereka perlu didengar? Ya! Mereka perlu didengar!

Oleh? Orang yang mereka percayai. Sesiapa sahaja.

Bagaimana nak membantu? Duduk depan mereka. Dengar mereka bercerita. Senyum seikhlasnya.

Seorang teman pernah mengungkap "If HE brings you to it, He will surely bring you through it!"

"Tidak sempurna iman seseorang antara kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia ingin dikasihi" - maksud hadis Rasulullah S.A.W.



*klise - yang itu, itu juga; sesuatu yang berulang-ulang; sangat biasa; mudah diketemukan.

Thursday, May 17, 2007

banyak sangat yang perlu diuruskan

Aduh. Banyak sangat yang perlu ( baca : mesti ) saya uruskan. Pelajaran. Persatuan dan segala macam aktivitinya. Kehidupan seharian. Kawan-kawan. Suasana sekeliling. Kadang-kadang rasa macam saya terlalu mengambil berat keadaan di sekitar saya, tapi kadang-kadang, rasa macam terlalu mengabaikan persekitaran pula. Mana satu yang betul sebenarnya?

Untuk blog pula, memang banyak yang ingin ditulis. Dari kisah Pesta Buku Antarabangsa 2007 di PWTC, Sambutan Hari Belia Negara 2007, dan macam-macam lagi.


Tunggulah ye :)

dedikasi buat seorang kawan yang sangat baik :)

Tadi, ada kawan baik mesej "wuuu :'<".

Teman baik kepada kawan baik saya tadi masuk hospital. Otot paha terkoyak. Dia berlanggar dengan kawannya semasa main futsal. Pembedahan pagi esok, pukul 12. Kawan baik saya tu pula ada peperiksaan malam esok. Dia sangat risau.

Siapa tak risau kalau orang yang sentiasa bersama susah senang, tiba-tiba terlantar atas katil, terkoyak otot dengan agak teruk? Itu parah, bukan setakat luka biasa je.

Herm. Saya kelu sekejap. Saya hampir tak boleh buat apa-apa, kecuali menenangkan kawan baik saya itu, dan mendoakan teman baiknya.

"Ya ALLAH, berikanlah kekuatan pada mereka, seperti mana kau beri kekuatan pada mereka yang telah diuji, dan bersabar"

Saya pernah masuk wad. 9 hari. Saya tahu macam mana rasa terlentang di atas katil hospital. Jarum air di lengan. Ubat yang tak pernah putus. Makanan yang sedap, tapi tak berselera tuk ditelan. Memang perit.

Saya berdoa semoga dia cepat sembuh.

Kepada kawan baik saya dan temannya, moga-tabah-hati-tak-berbelah-bagi..!

Amin.

Friday, May 4, 2007

syahdu yang bermakna

hari ni rasa sangat syahdu, dan bermakna.

kenapa?

kerana dia yang kekal seorang. ;)

Wednesday, May 2, 2007

aku dia setiawangsa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pagi tadi. Bangun. Mandi. Ambil pakaian. Pakai.

Hari ni ada temujanji dengan seorang kawan. Kawan yang dah kurang lebih dua tahun kenal, tapi baru nak bersua. Jadi, penampilan kena kemas :)

Jumpa dia sebab dah janji nak belanja dia, dah lama dah, lebih setahun setengah lalu. Tapi hari ni baru ada rezeki tu. Tu pun sebab dia mesej tanya khabar Isnin lepas. Baru ada kesempatan.

Keluar bilik dalam 11.30. Pergi ATM Bank Muamalat, ambil duit sikit. Kemudian terus pergi tunggu bas kat depan HS Building.

Bas sampai. Naik. Tiket RM1 untuk sepanjang hari. Tiba di stesen Putra LRT Terminal Gombak. Terkocoh-kocoh pergi mesin tiket. Beli tiket ke Setiawangsa. RM 1.30. Tambah nilai Maxis RM10.

Cucuk tiket - masuk. Tiket keluar. Ambil. Berlari-lari anak ke eskalator. Di platform, agak ramai orang.

Sekejap. Tren dua gerabak comel sampai. Sumbatkan diri ke dalam. Tren bergerak.

Taman Melati. Wangsa Maju. “Stesen berikutnya, Setiawangsa”. Turun.

Berjalan tengah panas menghala ke bangunan Prima Peninsula. Jumpa gerai buah-buahan tempat saya pernah jadi pelanggan tetap dulu, beli nenas. RM1. Makan sambil berjalan. Manis.

Sampai di Prima Peninsula. Terus menuju ke pos kawalan pengawal keselamatan. Ada dua orang pengawal ketika itu.

+ : assalamualaikum.

– : walaikummussalam.

+ : boh ssini napi lagi deh?

– : ho’ ho’

+ : dio ado ko?

– : takdok tuh. dio kelik kkapong.

+ : oh. lamo doh ko kelik?

– : baghu awal buley ni jah.

+ : pah bilo dio maghi pulok?

– : duo puloh semile aghibule ni katonyo.

+ : oh takpo la kalu gitu gak.

– : bakpo tuh? ado kijo gapo?

+ : eh takdok ah. sajo jah nak maghi jupow dio. oghe sekapong dia ni.

– : o’h

+ : pah takpo la deh. Assalamualaikum.

– : …1

Keluar pos kawalan. Jalan terus ke depan. Pusing kiri, terdetik nak pergi ke Saba Islamic Media. Tengok-tengok buku, mungkin.

Dua tiga tapak melangkah, terjumpa dia!

Pernah rasa macam mana jumpa kawan yang dah bertahun-tahun kenal, untuk pertama kali? Siapa pernah rasa tahulah macam mana kan?

+ : eh

– : eh

+ : jumpa kat sini rupanya

– : a’aa la

+ : baru sampai ke?

– : a’aa. nak pergi mana ni?

+ : ingat nak pergi saba tadi

– : oh

+ : erm tapi takpe lah, jom pergi makan

– : okey jom

+ : nak makan kat mana ni? mc'd? kfc?

– : kfc lah, suka cheezy wedges dia

+ : oh okey, jom

– : jom

Jalan kaki pergi KFC. Borak-borak. Sama-sama rancak. Tapi rasanya saya sedikit pendiam berbanding dia kot. Bercakap tentang pelajaran. Formal. Ice breaking kata orang kulit putih merah si penjajah.

Sampai KFC. Buka pintu. Pilih meja. Dia duduk. Saya pergi beli makanan.

1 Colonel Rice Combo Original + carbonated orange drink regular

1 iced Milo regular

1 Cheezy Wedges

Tatang makanan ke meja. Duduk. Mula makan. Ayu sopan tertib tomakninah.

Sambung lagi bercakap tentang pelajaran. Juga hal hidup: keluarga; kawan-kawan kami; pengalaman masing-masing.

Saya habiskan nasi, coleslaw, dan carbonated orange. Ayam goreng dua ketul nak bawa balik. Dia habiskan Cheezy Wedges, jilat jari, ikut motto KFC katanya.

Sambung lagi cakap-cakap. Lagi banyak cerita. Mulut makin rancak. Selepas lebih kurang 45 minit, kalau tak silap agak, kami keluar. Jalan ke kereta dia. Borak lagi.

Tepi kereta dia. Dia picit remote control. Cet cet. Kunci pintu terbuka. Canggih. Mesti mahal kan kereta tu.

Dia masuk kereta, sempat senyum.

+ : assalamualaikum

– : walaikummussalam

Dan dia pun pergi.

Saya ambil haluan sendiri. Pergi Giant. Pening tak tahu nak beli apa. Akhirnya, beli penyangkut baju, dan dua aiskrim kon yang murah tu.

Bayar. Keluar. Berjalan sambil makan aiskrim ke Putra LRT Setiawangsa. Panas terik. Aiskrim cair. Comot.

Tahu kenapa Setiawangsa menggamit perasaan saya? Saya pernah bekerja dan hidup di situ, lebih setahun setengah yang lalu. Hidup yang sangat perit, tapi banyak mendidik jiwa :)

Kepada kawan saya itu, terima kasih banyak ye :) :) :)



.:nota kaki:.

1+ : assalamualaikum

– : walaikummussalam

+ : bos kat sini Napi lagi kan?

– : aa aa

+ : dia ada ke?

– : tak ada tu. dia balik kampung.

+ : oh. lama dah ke balik?

– : baru awal bulan ni je

+ : jadi bila dia datang pula?

– : dua puluh sembilan hari bulan ni katanya

+ : oh takpe la kalau macam tu

– : kenapa tu? ada kerja apa?

+ : eh takde ah. saja je nak datang jumpa dia. orang sekampung dia ni

– : oh

+ : jadi takpe la ye. assalamualaikum

– : …

cuba teka?

cuba teka.. entri semester tiga tu.. berape kali edit? huhu...

dekat 10 kali..!

..letih..

semester tiga

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semester tiga, atau semester pendek ni bermula pada 23 April lepas.


Saya sampai di UIA pagi Sabtu, 22 April, pukul 5 pagi lebih. Terus pergi online kat Aincom1. Ketagih!


Azan subuh. Berjemaah dekat Masjid UIA yang sangat besar dan cantik. الحمدلله


Kemudian online lagi, sampai tengahari! Memang ketagih tahap kronik. Huhu.


Tengahari. Pergi ke pejabat mahallah2, mahallah paling hujung, paling jauh, tapi paling nyaman dan tenang, sebab tepi kaki bukit dan ada kolam3, juga banyak sangat pokok-pokok, besar kecil. Pendeknya, sangat nyaman. Cuma paling hujung. Jauh. Lenguh jalan kaki.


Sampai di pejabat mahallah, pelajar sangat ramai. Menunggu lebih setengah jam. Akhirnya dapat bilik, aras 1, paling bawah. Bilik dapat, tapi kunci tak ada. “sorry la brother, kunci tak ada..” Aduh senangnya!


Pergi ke bilik tersebut, pulas tombol. Berkunci. Aduh! Buntu. Mula-mula terfikir nak bermalam di luar UIA, sebab sangat geram dan rasa kecewa dengan pengurusan.


Mesej sorang kawan, nasib baik dia ada. Bermalam di bilik dia.


Hari yang sangat meletihkan.


Hari pertama semester, 23 April.


Keluar bilik kawan awal-awal. Pergi pejabat mahallah tu, minta borang tukar mahallah. Isi. Hulurkan borang yang dah siap isi.

Orang pejabat: Next week baru kita proses nak tukar mahalah, tapi borang boleh je hantar awal

Saya : Ok


Senyum sarcastic. Keluar.


Pergi ke bangunan kuliah. Janji dengan dia nak tolong buat add drop4 secara manual.


Jumpa dia dan kawannya. Duduk depan Aincom, online, cari borang add drop, lepas pening-pening baru jumpa, rupanya Adjustment Form, save dalam pendrive, masuk dalam Aincom, print.


Cari dia. Jumpa. Serah borang. Tinggalkan dia dan kawannya. Saya pusing cari kelas Sosiologi, jumpa. Rupanya kelas tengah rehat kejap. Borak dengan kawan. Kemudian masuk kelas, walaupun tak add lagi Sosiologi.


Masa dalam kelas, dia mesej. Dia belikan nasi ikan keli kat Galeri5. Tapi dah dalam kelas. Beritahu dia. Minta maaf. Dia terpaksa habiskan.


Usai kelas. Pergi online. Akhirnya dapat add Sosiologi saya dan Linguistic dia. الحمدلله


Balik. Terpaksa menumpang di bilik kawan lagi. Kunci tak ada.


.:nota kaki:.

1Aincom Sdn Bhd ialah kedai komputer di Bangunan Kompleks Pusat UIA. Ada wireless internet kat sini.

2Asrama/kolej.

3Ada orang kata kolam ni berhantu, kalau masa hujan renyai-renyai, akan ada 2 ekor ‘ikan’, tapi bukan ikan sebenarnya. Entah.

4Add ialah proses mendaftar subjek. Pada peringkat biasa menggunakan internet, tetapi apabila ada kes-kes tertentu seperti section closed (kelas ditutup-kuota penuh), maka hendaklah menggunakan borang secara manual. Drop pula ialah membatalkan pendaftaran kelas. Prosesnya sama.

5Gallery Café, Human Sciences Building IIUM.

bermulanya kisah..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Wah! Rasa nak aktif menulis kembali lagi.. Ya ALLAH, jadikan ini suatu tabiat :)

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa saya mula rasa nak menulis kembali ni, nanti saya cerita dalam entri lain ye. Kali ni nak fokus pada semester tiga di UIA ni dulu.