Wednesday, May 2, 2007

aku dia setiawangsa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pagi tadi. Bangun. Mandi. Ambil pakaian. Pakai.

Hari ni ada temujanji dengan seorang kawan. Kawan yang dah kurang lebih dua tahun kenal, tapi baru nak bersua. Jadi, penampilan kena kemas :)

Jumpa dia sebab dah janji nak belanja dia, dah lama dah, lebih setahun setengah lalu. Tapi hari ni baru ada rezeki tu. Tu pun sebab dia mesej tanya khabar Isnin lepas. Baru ada kesempatan.

Keluar bilik dalam 11.30. Pergi ATM Bank Muamalat, ambil duit sikit. Kemudian terus pergi tunggu bas kat depan HS Building.

Bas sampai. Naik. Tiket RM1 untuk sepanjang hari. Tiba di stesen Putra LRT Terminal Gombak. Terkocoh-kocoh pergi mesin tiket. Beli tiket ke Setiawangsa. RM 1.30. Tambah nilai Maxis RM10.

Cucuk tiket - masuk. Tiket keluar. Ambil. Berlari-lari anak ke eskalator. Di platform, agak ramai orang.

Sekejap. Tren dua gerabak comel sampai. Sumbatkan diri ke dalam. Tren bergerak.

Taman Melati. Wangsa Maju. “Stesen berikutnya, Setiawangsa”. Turun.

Berjalan tengah panas menghala ke bangunan Prima Peninsula. Jumpa gerai buah-buahan tempat saya pernah jadi pelanggan tetap dulu, beli nenas. RM1. Makan sambil berjalan. Manis.

Sampai di Prima Peninsula. Terus menuju ke pos kawalan pengawal keselamatan. Ada dua orang pengawal ketika itu.

+ : assalamualaikum.

– : walaikummussalam.

+ : boh ssini napi lagi deh?

– : ho’ ho’

+ : dio ado ko?

– : takdok tuh. dio kelik kkapong.

+ : oh. lamo doh ko kelik?

– : baghu awal buley ni jah.

+ : pah bilo dio maghi pulok?

– : duo puloh semile aghibule ni katonyo.

+ : oh takpo la kalu gitu gak.

– : bakpo tuh? ado kijo gapo?

+ : eh takdok ah. sajo jah nak maghi jupow dio. oghe sekapong dia ni.

– : o’h

+ : pah takpo la deh. Assalamualaikum.

– : …1

Keluar pos kawalan. Jalan terus ke depan. Pusing kiri, terdetik nak pergi ke Saba Islamic Media. Tengok-tengok buku, mungkin.

Dua tiga tapak melangkah, terjumpa dia!

Pernah rasa macam mana jumpa kawan yang dah bertahun-tahun kenal, untuk pertama kali? Siapa pernah rasa tahulah macam mana kan?

+ : eh

– : eh

+ : jumpa kat sini rupanya

– : a’aa la

+ : baru sampai ke?

– : a’aa. nak pergi mana ni?

+ : ingat nak pergi saba tadi

– : oh

+ : erm tapi takpe lah, jom pergi makan

– : okey jom

+ : nak makan kat mana ni? mc'd? kfc?

– : kfc lah, suka cheezy wedges dia

+ : oh okey, jom

– : jom

Jalan kaki pergi KFC. Borak-borak. Sama-sama rancak. Tapi rasanya saya sedikit pendiam berbanding dia kot. Bercakap tentang pelajaran. Formal. Ice breaking kata orang kulit putih merah si penjajah.

Sampai KFC. Buka pintu. Pilih meja. Dia duduk. Saya pergi beli makanan.

1 Colonel Rice Combo Original + carbonated orange drink regular

1 iced Milo regular

1 Cheezy Wedges

Tatang makanan ke meja. Duduk. Mula makan. Ayu sopan tertib tomakninah.

Sambung lagi bercakap tentang pelajaran. Juga hal hidup: keluarga; kawan-kawan kami; pengalaman masing-masing.

Saya habiskan nasi, coleslaw, dan carbonated orange. Ayam goreng dua ketul nak bawa balik. Dia habiskan Cheezy Wedges, jilat jari, ikut motto KFC katanya.

Sambung lagi cakap-cakap. Lagi banyak cerita. Mulut makin rancak. Selepas lebih kurang 45 minit, kalau tak silap agak, kami keluar. Jalan ke kereta dia. Borak lagi.

Tepi kereta dia. Dia picit remote control. Cet cet. Kunci pintu terbuka. Canggih. Mesti mahal kan kereta tu.

Dia masuk kereta, sempat senyum.

+ : assalamualaikum

– : walaikummussalam

Dan dia pun pergi.

Saya ambil haluan sendiri. Pergi Giant. Pening tak tahu nak beli apa. Akhirnya, beli penyangkut baju, dan dua aiskrim kon yang murah tu.

Bayar. Keluar. Berjalan sambil makan aiskrim ke Putra LRT Setiawangsa. Panas terik. Aiskrim cair. Comot.

Tahu kenapa Setiawangsa menggamit perasaan saya? Saya pernah bekerja dan hidup di situ, lebih setahun setengah yang lalu. Hidup yang sangat perit, tapi banyak mendidik jiwa :)

Kepada kawan saya itu, terima kasih banyak ye :) :) :)



.:nota kaki:.

1+ : assalamualaikum

– : walaikummussalam

+ : bos kat sini Napi lagi kan?

– : aa aa

+ : dia ada ke?

– : tak ada tu. dia balik kampung.

+ : oh. lama dah ke balik?

– : baru awal bulan ni je

+ : jadi bila dia datang pula?

– : dua puluh sembilan hari bulan ni katanya

+ : oh takpe la kalau macam tu

– : kenapa tu? ada kerja apa?

+ : eh takde ah. saja je nak datang jumpa dia. orang sekampung dia ni

– : oh

+ : jadi takpe la ye. assalamualaikum

– : …