Thursday, May 17, 2007

dedikasi buat seorang kawan yang sangat baik :)

Tadi, ada kawan baik mesej "wuuu :'<".

Teman baik kepada kawan baik saya tadi masuk hospital. Otot paha terkoyak. Dia berlanggar dengan kawannya semasa main futsal. Pembedahan pagi esok, pukul 12. Kawan baik saya tu pula ada peperiksaan malam esok. Dia sangat risau.

Siapa tak risau kalau orang yang sentiasa bersama susah senang, tiba-tiba terlantar atas katil, terkoyak otot dengan agak teruk? Itu parah, bukan setakat luka biasa je.

Herm. Saya kelu sekejap. Saya hampir tak boleh buat apa-apa, kecuali menenangkan kawan baik saya itu, dan mendoakan teman baiknya.

"Ya ALLAH, berikanlah kekuatan pada mereka, seperti mana kau beri kekuatan pada mereka yang telah diuji, dan bersabar"

Saya pernah masuk wad. 9 hari. Saya tahu macam mana rasa terlentang di atas katil hospital. Jarum air di lengan. Ubat yang tak pernah putus. Makanan yang sedap, tapi tak berselera tuk ditelan. Memang perit.

Saya berdoa semoga dia cepat sembuh.

Kepada kawan baik saya dan temannya, moga-tabah-hati-tak-berbelah-bagi..!

Amin.