Tuesday, May 22, 2007

hidup ini kompleks

Saya kata, hidup ini kompleks. Orang jawab, itu klise*. Saya tahu itu klise. Tapi saya nak ulanginya, hidup ini kompleks.

Saya kata, saya angguk.

Kenapa?

Saya bukan angguk kosong. Saya angguk faham, angguk bererti.

Pernah kamu dengar orang yang boleh bergelak ketawa pada suatu masa, dan beberapa ketika kemudian, menangis apabila bersendirian?

Kalau kamu belum pernah melihatnya, jangan kata itu klise.

Saya pernah diketemukan dengan mereka. Siapa mereka? Itu bukanlah persoalan.

Mereka kurang waras? TIDAK! Mereka tak siuman? TIDAK! Mereka gila? TIDAK!

Lalu kenapa?

Mereka melalui suatu detik masa yang sukar, yang belum pernah kamu laluinya.

...dan...

Mereka perlu didengar? Ya! Mereka perlu didengar!

Oleh? Orang yang mereka percayai. Sesiapa sahaja.

Bagaimana nak membantu? Duduk depan mereka. Dengar mereka bercerita. Senyum seikhlasnya.

Seorang teman pernah mengungkap "If HE brings you to it, He will surely bring you through it!"

"Tidak sempurna iman seseorang antara kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia ingin dikasihi" - maksud hadis Rasulullah S.A.W.



*klise - yang itu, itu juga; sesuatu yang berulang-ulang; sangat biasa; mudah diketemukan.

3 comments:

Nihlah Johari said...

hmm...
thinking and thinking...

good post, beneficial ^__^

MuhammadSidqi said...

i mean what i wrote here :)

Anonymous said...

memahami manusia memerlukan suatu kelebihan..
menghancurkan manusia memerlukan sesuatu alasan..
bagaimana anda pula..?
bahasa adalah perosak zaman jika tidak difahami dgn betul..
perasaan sudah tntunye menangis dahulu..
dukacita..?
hanya kisah selembar tntg imbasan ihsan manusia..

syida