Wednesday, May 2, 2007

semester tiga

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semester tiga, atau semester pendek ni bermula pada 23 April lepas.


Saya sampai di UIA pagi Sabtu, 22 April, pukul 5 pagi lebih. Terus pergi online kat Aincom1. Ketagih!


Azan subuh. Berjemaah dekat Masjid UIA yang sangat besar dan cantik. الحمدلله


Kemudian online lagi, sampai tengahari! Memang ketagih tahap kronik. Huhu.


Tengahari. Pergi ke pejabat mahallah2, mahallah paling hujung, paling jauh, tapi paling nyaman dan tenang, sebab tepi kaki bukit dan ada kolam3, juga banyak sangat pokok-pokok, besar kecil. Pendeknya, sangat nyaman. Cuma paling hujung. Jauh. Lenguh jalan kaki.


Sampai di pejabat mahallah, pelajar sangat ramai. Menunggu lebih setengah jam. Akhirnya dapat bilik, aras 1, paling bawah. Bilik dapat, tapi kunci tak ada. “sorry la brother, kunci tak ada..” Aduh senangnya!


Pergi ke bilik tersebut, pulas tombol. Berkunci. Aduh! Buntu. Mula-mula terfikir nak bermalam di luar UIA, sebab sangat geram dan rasa kecewa dengan pengurusan.


Mesej sorang kawan, nasib baik dia ada. Bermalam di bilik dia.


Hari yang sangat meletihkan.


Hari pertama semester, 23 April.


Keluar bilik kawan awal-awal. Pergi pejabat mahallah tu, minta borang tukar mahallah. Isi. Hulurkan borang yang dah siap isi.

Orang pejabat: Next week baru kita proses nak tukar mahalah, tapi borang boleh je hantar awal

Saya : Ok


Senyum sarcastic. Keluar.


Pergi ke bangunan kuliah. Janji dengan dia nak tolong buat add drop4 secara manual.


Jumpa dia dan kawannya. Duduk depan Aincom, online, cari borang add drop, lepas pening-pening baru jumpa, rupanya Adjustment Form, save dalam pendrive, masuk dalam Aincom, print.


Cari dia. Jumpa. Serah borang. Tinggalkan dia dan kawannya. Saya pusing cari kelas Sosiologi, jumpa. Rupanya kelas tengah rehat kejap. Borak dengan kawan. Kemudian masuk kelas, walaupun tak add lagi Sosiologi.


Masa dalam kelas, dia mesej. Dia belikan nasi ikan keli kat Galeri5. Tapi dah dalam kelas. Beritahu dia. Minta maaf. Dia terpaksa habiskan.


Usai kelas. Pergi online. Akhirnya dapat add Sosiologi saya dan Linguistic dia. الحمدلله


Balik. Terpaksa menumpang di bilik kawan lagi. Kunci tak ada.


.:nota kaki:.

1Aincom Sdn Bhd ialah kedai komputer di Bangunan Kompleks Pusat UIA. Ada wireless internet kat sini.

2Asrama/kolej.

3Ada orang kata kolam ni berhantu, kalau masa hujan renyai-renyai, akan ada 2 ekor ‘ikan’, tapi bukan ikan sebenarnya. Entah.

4Add ialah proses mendaftar subjek. Pada peringkat biasa menggunakan internet, tetapi apabila ada kes-kes tertentu seperti section closed (kelas ditutup-kuota penuh), maka hendaklah menggunakan borang secara manual. Drop pula ialah membatalkan pendaftaran kelas. Prosesnya sama.

5Gallery Café, Human Sciences Building IIUM.