Sunday, March 30, 2008

bandar baru

Saya ada bandar baru, bandar maya. Entah kenapa tetiba tertarik untuk memilikinya. Macam comel dan unik.

Anda tertanya-tanya? Silalah melawat sekejap bandar maya saya di http://empireq.myminicity.com/

Thursday, March 27, 2008

7 bulan kisah qehidupan

Sudah lebih tujuh bulan blog ini terbiar kaku, bisu tanpa khabar yang bertiup, sedang dalam diam banyak mata angin yang terbuka. Aduh! Demi masa...

Terkadang kita merangkak, banyak masanya berjalan, tiba-tiba jadi berlari. Sedang saat dunia tidak pernah henti.

Apakah sudah puas dengan pengorbanan dan sumbangan?

Menunduk bukan bererti menyerah, tapi berundur memasang gerak!