Thursday, July 31, 2008

bibliophilic

if i die
wrap me with my books' pages
coffin me with my books' covers
carve my name on my tombstone with my books' alphabets
so my books are eternally immortal

Saya mencintai buku. Kadang-kadang berhabis duit untuk buku. Tapi sayang, kurang masa terluang untuk menelaah. Buku memang sangat mencandui hidup saya. Apa lagi hadiah yang lebih baik daripada buku?

Ada pepatah mengatakan: Untuk melihat siapa anda pada masa akan datang, lihatlah kepada apa yang anda baca, dan siapa yang anda jumpa dalam hidup anda sekarang.

* bibliophilic - tabiat cinta akan buku


http://en.wikipedia.org/wiki/Bibliophilic
Credit image to http://talesofordinarygirl.blogspot.com/2007_05_01_archive.html
Credit image to http://image.guardian.co.uk/sys-images/Arts/Arts_/Pictures/2007/02/06/books460.jpg

Saturday, July 26, 2008

cicak

Respons kepada http://epilogpejuang.blogspot.com/2008/07/random-p.html dan http://epilogpejuang.blogspot.com/2008/07/cicak-haritu.html

Saya senyum :)


Dahulu, ketika saya kecil, saya nakal dan keras hati, punya banyak hobi. Antaranya adalah berkenaan cicak.



Saya suka tangkap dan bunuh cicak.


Macam mana?

Guna gelang getah. Lastik!



Cicak akan pening. Dia akan jatuh. Tangkap dengan tangan!


Pegang, jangan sampai terlepas.

Ambil benang, buat lilitan, letak pada leher cicak. Shred! Tarik dan jerut dengan kuat!

Leher cicak akan putus. Dia kan mati.


Kalau tak pun, ambil je batu yang ada sisi-sisi tajam. Telentangkan cicak. Letak sisi tajam batu pada lehernya sebelah bawah. Thud! Tekan batu pada lehernya sebelah bawah dengan kuat! Leher cicak kan putus. Dia kan mati.


Buang bangkai cicak tu jauh-jauh.

Abah dan Ummi selalu marah-marah. Darah cicak bahaya, kalau kena pada kulit, nanti kena sopak
[1]. Tapi budak lelaki yang nakal dan keras hati, apalah sangat yang dihiraukan?

Sekadar senyum-senyum pada Ummi dan Abah yang sangat banyak mengambil berat, saya membasuh tangan dan meneruskan kenakalan budak-budak.

Sekarang pun, kadang-kadang kalau balik ke rumah, sempat juga saya menangkap cicak yang jatuh. Ummi dan Abah tercinta menggeleng kepala dan menasihati, "basuh tangan cepat!".

Saya sekadar tersenyum terima kasih dan terus ke bilik air, basuh tangan dengan sabun dan air.

Membunuh cicak adalah sunnah. Tetapi cara membunuhnya adalah tidak lebih daripada 2 pukulan, itu syarat untuk mengelakkan cicak itu daripada terseksa
[2]. Wallohu'alam.


[1] Sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit bertompok-tompok putih. Abah kata bahaya darah cicak ini dibacanya daripada suatu kitab. Wallohu'alam.


[2] Ini ilmu yang saya dapati daripada suatu kitab. Wallohu'alam.

Friday, July 25, 2008

kawen-kawen

Asalnya 'kahwin', tapi pabila disebut laju-laju, 'kawen' jadinya. Kawen pun kawen la.

Saya mendengar banyak cerita kawen, terutamanya musim cuti persekolahan. Saya tidak pelik, memang sudah sebegitu, dan saya juga tidak terkejut, kerana memang sudah sebegitu.

Tapi 2-3 minggu lepas, saya memang dikejutkan dengan kawen-kawen ini!

Kisah kawen-kawen 3 orang sahabat saya.

Seorang telah lama terputus hubungan dengannya. 2-3 minggu lepas, saya terserempak dan berborak-borak dengannya di laman sembang maya, dia tiba-tiba mengaktifkan kolum perkongsian gambar, dan gambar itu ialah gambarnya yang sedang
menyarungkan cincin ke jari suaminya!

Aduh! Perkahwinannya diadakan kecil-kecilan, lebih setahun yang lalu tatkala umur mereka berdua baru mencecah 20 tahun! Suaminya seorang muallaf. Alhamdulillah, perkahwinan menyatukan aqidah dan cinta.

Seorang lagi memang agak rapat dan agak selalu berhubung. 2-3 minggu lepas, kami berbalas mesej, dan tiba-tiba dia memberitahu, "ni nak bagitau awal-awal ni, 11 oktober nanti
walimah ana, mark dalam kalendar ye!"

Walimah?!

Itu yang pertama. Seminggu kemudian, dalam blog peribadinya, dia menyiarkan siapa bakal suaminya.

Siapa?

Bakal suaminya sahabat saya, sahabat baik dia juga. Sungguh
terkejut!

Dan kami semua sebaya, 21 tahun sekarang.

3 sahabat saya itu, saya telah mengenali mereka sejak bertahun-tahun.

Saya yakin mereka bertemu dengan pasangan yang sangat sesuai untuk seumur hidup mereka. Dan saya berdoa kepada ALLAH untuk mereka, "semoga kekal bahagia hingga ke jannahNYA..."


Kepada kalian bertiga, doakan kita semua.

Berbahagialah wahai qolb...



Thursday, July 24, 2008

Durian Fiesta 2008





















A new programme introduced by MURC.


Let's come and join us. Taste the feel of 'Raja Buah' as well as other delicious fruits; Manggis, Rambutan, Duku etc.

Celebrate and share our Malaysiana.

Please contact Br. Musa [012-6564980 & 019-7211922] for further information.

DURIAN FIESTA 2008

Nature

Tropical Fruits Fiesta (Durian, Rambutan, Manggis, Duku etc)

Date

27 July 2008

Day

Sunday

Time

1100 - 1500

Venue

Parking Lot Block A, Mahallah 'Uthman

Fee

RM10/person

"Pay once, eat as much as you can!"


Credit picture to
http://mofir.blogspot.com/

Monday, July 14, 2008

4.57 pagi!

Baru selesai kemas kini blog MURC.

Rasa ting-tong. Mengantuk.

4.57 pagi!

Kelas esok tepat 8 pagi.

:8

Tuesday, July 8, 2008

baru

Banyak perkara baru yang berlaku akhir-akhir ini. Tapi ada dua perkara baru yang harus dikongsi.

Semester baru.

Blog berwajah baru.

Semester baru. Subjek baru. Kelas baru. Pensyarah baru. Rakan sekelas baru. Tapi CGPA tetap yang lama, hujung semester baru bertukar baru.

Blog berwajah baru. Templat baru. Warna baru. Susunan baru. Idea baru. Tapi konsep tetap sama, kalau datang ilham baru bertukar baru.

Dulu, baru ialah baharu. Bahasa Melayu Klasik. Tapi sekarang, baru bertukar "baru".

Nota kaki: Kredit templat baru kepada
http://www.giselejaquenod.com.ar/