Tuesday, July 8, 2008

baru

Banyak perkara baru yang berlaku akhir-akhir ini. Tapi ada dua perkara baru yang harus dikongsi.

Semester baru.

Blog berwajah baru.

Semester baru. Subjek baru. Kelas baru. Pensyarah baru. Rakan sekelas baru. Tapi CGPA tetap yang lama, hujung semester baru bertukar baru.

Blog berwajah baru. Templat baru. Warna baru. Susunan baru. Idea baru. Tapi konsep tetap sama, kalau datang ilham baru bertukar baru.

Dulu, baru ialah baharu. Bahasa Melayu Klasik. Tapi sekarang, baru bertukar "baru".

Nota kaki: Kredit templat baru kepada
http://www.giselejaquenod.com.ar/