Friday, June 25, 2010

coup de foudre [i] - dari kisah seorang sahabat

Hari itu hari Jumaat, 11 Jun 2010 yang akan saya kenangi, kerana pada petang dan malamnya, yakni malam terakhir saya di Kuala Lumpur sebelum pulang bercuti panjang di kampung, datang seorang sahabat yang telah lama ‘terpisah’ dengan saya, dan dia datang dengan sebuah kisah dari hatinya. Katanya, dia buntu, lantas saya orang pertama yang didatanginya.
Sahabat saya lelaki orangnya, biarlah dia kekal tak bernama, dan ini kisah tentang perempuan yang dikenalinya. Ini coup de foudre sahabat saya yang tak bernama itu dengan perempuan yang dikenalinya, sekali lagi.
Terkadang, katanya, dalam hela nafas yang panjang dan berbau lemah, hidup ini bukanlah kanvas yang boleh kita conteng dan lukis sepenuh hati, kerana ada waktu-waktu, kita perlu akur bahawa ada kedapatan, apa yang kita hendak lukis itu, menjadi sebaliknya, seperti anak-anak kecil yang melukis kucing berwajah lembu.
Saya tersenyum, teringat ajaran ustaz-ustaz saya di Maahad dahulu, bahawa qodho’ itu ada dua, qodho’ mubrom dan qodho’ mu’allaq.
Dia menyambung, “aku jatuh cinta lagi…”, “dan ini bukanlah sebarang coup de foudre biasa, ini kisah yang meruntun akalku…”.
Tatkala itu, saya telah dalam perjalanan, dan saya menekan belakang membetulkan duduk pada kerusi empuk bas Cepat Ekspres yang agak perlahan itu. “Lalu dengan siapa?”, saya bertanya.
Dalam ghairah dia menjawab, dengan seorang gadis yang ditemuinya di tempat kerja, setelah beberapa minggu berkenalan di MukaBuku.
Katanya, kali pertama berselisih dengan gadis itu di jalanan di tempat kerja, dia tidak sempat menegur kerana agak kelu. Namun dua hari berikutnya, gadis itu harus pergi ke jabatannya untuk suatu urusan, dan di situ, tatkala melihat gadis itu masuk ke jabatannya, dadanya terus berdebar-debar kuat, sehingga memaksa dia menekap dadanya kerana terkejut. Perasaan itu dihayatinya dengan penuh persoalan. Sesuatu yang telah lama tidak dirasainya, setelah bertahun-tahun dia mempunyai seseorang yang istimewa, yang kini tunangannya.
Izinkan saya mencelah, sahabat saya tadi, sebenarnya telah bertunang, dan inilah yang menyempitkan nafasnya. Dia sayang seikhlas hati akan bakal isterinya itu, dan dia juga tiada mampu ia menghapuskan nyala rasa cinta yang baru meluap dalam hatinya. Tidak pernah ia meminta untuk jatuh cinta lagi, namun apakan daya, ia diuji sebegini.
Saya bertanya lanjut, sudikah dia melepaskan tunangannya?
Tidak! Katanya dengan penuh perasaan.
Lalu melepaskan yang baru itu pula?
Entahlah. Dia mengeluh.
Sambungnya, “Sidqi, aku ikhlas atas kedua-duanya. Tiada aku mencintai yang pertama dengan membuta tuli, dan tiada jua aku mencintai yang kedua melebihi yang pertama. Pada kedua-duanya kutemui nilai agama dalam diri mereka, lantas itu yang aku cari pada isteri. Sungguh aku ikhlas dalam perasaan ini…”
Saya menarik nafas, dalam gelap pekat malam yang membungkus. Jeda.
Ini perkisahan coup de foudre dari hati yang benar, yang tiada padanya diselaputi syahwat.
Angin malam dan mimpi indah menemani saya hingga saya tersedar.
Notes: The French expression le coup de foudrehas a literal and a figurative meaning, though the latter is a bit more common. Literally, un coup de foudre is a "bolt of lightning" or "thunderbolt."
Figuratively, it indicates "love at first sight," which I think makes perfect sense, as that feeling is like a huge a shock to the system. The two verbs you can use with the figurative meaning give it slightly different nuances.
être le coup de foudre - to be love at first sight
Quand je l'ai vu, ça a été le coup de foudre.
   When I saw it/him, it was love at first sight.
avoir le coup de foudre (pour) - to fall in love (with) at first sight
J'ai eu le coup de foudre pour Thomas / pour Paris.
   I fell in love with Thomas / Paris at first sight.

Sumber: http://french.about.com/od/vocabulary/a/coupdefoudre.htm

1 comments:

The seeker said...

Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.

Teruskan menulis. Memberi inspirasi.